Cari @ Amanz

Takuk skrin pada MacBook Pro baharu mendapat reaksi negatif dari kebanyakan pengguna awal kerana implementasi yang tidak sempurna. Menu penting dalam aplikasi tidak dapat dipaparkan dan kamera boleh dihalang oleh anak panah kursor tetikus. Apple menyarankan pembangun mengemaskini perisian mereka untuk mengelakkan isu pada MacBook Pro yang kini bertakuk.

Tetapi bagi pengguna model MacBook yang lain yang inginkan takuk pada skrin, aplikasi Notch Pro telah dibangunkan oleh Chris Jones. Aplikasi percuma ini akan meletakan takuk pada bahagian atas skrin Mac pengguna. Mereka juga diberikan kebebasan mengubah saiz takuk mengikut citarasa peribadi. Notch Pro ialah sebuah aplikasi jenaka tetapi jika anda ingin mencubanya sendiri, sila ke pautan ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd