Cari @ Amanz

Nintendo kini dilaporkan akan mengurangkan pengeluaran Nintendo Switch sehingga 20% unit, disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan semikonduktor yang dialami di dunia.

Untuk tahun berakhir 31 Mac kelak, Nintendo dijangka akan mengeluarkan sekitar 24 juta unit.

Nintendo mengatakan bekalan untuk semikonduktor adalah sangat terhad, sekaligus memberikan impak terhadap pengeluaran Nintendo Switch.

Perkongsian ini hadir daripada Nintendo, selepas memperkenalkan kemaskini untuk Switch sebelum ini. Selain Nintendo, pelbagai syarikat lain turut terjejas dari segi bekalan, termasuk Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd