WhatsApp Ingin Membolehkan Anda Memadam Mesej Yang Dihantar Tanpa Had Masa

Diterbitkan pada Nov 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp sedia menawarkan ciri memadam mesej yang tersilap hantar kepada penerima, tetapi ia dihadkan kepada tempoh masa yang terhad – iaitu sekitar sejam lebih.

Melalui kemaskini terbaru, WhatsApp dilihat sedang menguji untuk tempoh masa yang lebih lama. Mengikut perkongsian WABetaInfo, WhatsApp dilihat turut membolehkan mesej yang telah dihantar sehingga tiga bulan lamanya untuk dipadam.

WhatsApp Delete

Jikalau mengikut ujian terbaru ini, WhatsApp dilihat ingin membolehkan pengguna memadamkan sebarang mesej yang telah dihantar, tanpa mengira sebarang had masa.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pembaharuan ini akan diperkenalkan kepada umum. Bagi anda, apa pendapat anda berkenaan dengan perubahan baharu ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami