Cari @ Amanz

Zoom, salah satu perkhidmatan panggilan video popular sejak pandemik Covid-19, kini dilihat sedang menguji paparan iklan untuk pengguna akaun percuma.

Buat masa permulaan ini, Zoom akan memaparkan iklan pada halaman web selepas sesuatu panggilan video itu ditamatkan.

Zoom mengatakan hanya pengguna akaun percuma akan melihat iklan ini, sekiranya menyertai panggilan yang dihoskan oleh pengguna percuma lain.

Zoom menguji ciri paparan iklan ini di beberapa buah negara sahaja buat masa ini.

Sekiranya berjalan lancar, tidak mustahil kita melihat Zoom mengintegrasikan paparan iklan pada bahagian-bahagian lain untuk pengguna akaun percuma.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd