Microsoft Membawa Alam Meta Ke Microsoft Teams

Diterbitkan pada Nov 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak daripada perubahan nama syarikat disebalik Facebook kepada Meta, perbualan berkenaan dengan alam meta semakin hangat diperkatakan. Menariknya lagi, kini Microsoft turut menyentuh mengenainya, dan membawa elemen alam meta ke Microsoft Teams.

Berkongsi berkenaan dengannya hari ini, Microsoft mengatakan akan mengintegrasikan Mesh ke Microsoft Teams. Mesh merupakan platform mesyuarat secara maya yang dibangunkan untuk HoloLens.

Dengan perkembangan terbaru ini, pengguna boleh menjana avatar tersendiri, dan menyertai sesuatu mesyuarat dengan avatar. Microsoft merancang untuk mimik muka pengguna dicam menggunakan webcam, dan diimplementasikan pada paparan avatar pengguna melalui Microsoft Teams.

Microsoft mengatakan dengan langkah ini ia akan memberikan keselesaan bagi pengguna yang tidak begitu menyukai penggunaan webcam, selain pengalaman mesyuarat yang lebih baik seperti berada bersebelahan dengan lain.

Microsoft mengatakan Mesh untuk Teams ini akan ditawarkan bermula 2022 kelak. Syarikat juga dilihat boleh menghasilkan ruangan rekaan 3D yang seumpama pejabat, untuk memberikan pengalaman lebih baik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami