Netflix Games Kini Ditawarkan Untuk Para Pengguna Android Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Nov 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix sedia melakukan ujian Netflix Games dibeberapa buah negara, dan hari ini secara rasminya Netflix mengumumkan pengenalan Netflix Games secara global untuk semua pengguna Android.

Bermula hari ini, pengguna aplikasi Netflix di Android akan melihat sebuah lajur baru yang memperlihatkan lima permainan mudah-alih baharu, iaitu : Stranger Things: 1984 (BonusXP), Stranger Things 3: The Game (BonusXP), Shooting Hoops (Frosty Pop), Card Blast (Amuzo & Rogue Games), dan Teeter Up (Frosty Pop).

Netflix mengatakan mereka kini pada peringkat awal dalam membangunkan pengalaman permainan yang baik untuk semua.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mempunyai langganan Netflix sahaja. Tiada sebarang iklan atau pembelian dalam-permainan diperlukan.

Netflix turut mengatakan beberapa permainan turut boleh memainkan secara luar-talian. Dengan pelancaran ini, sama-sama kita nantikan lanjut perkembangan Netflix Games ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami