Meta AI Dan Carnegie Membangunkan Kulit Untuk Robot Mengesan Sentuhan Seperti Manusia

Diterbitkan pada Nov 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perkara yang kita ambil ringan sebagai manusia ialah mengenakan tekanan yang mencukupi untuk mengangkat barang. Untuk mengangkat buah anggur, tekanan yang kecil dikenakan supaya buah yang lembut tidak hancur lumat. Bagi robot ini ialah perkara yang kompleks kerana sensor tekanan yang digunakan masih belum cukup sempurna.

ReSkin, kulit buatan manusia yang dibangunkan oleh penyelidik di Meta AI (dahulunya Facebook AI) dan Carnegie Mellon University menyelesaikan isu ini. Tiada sensor fizikal diletakkan pada penghujung “jari” robot. Sebaliknya rintangan magnet pada kulit elestomer ReSkin berubah mengikut tekanan yang dikenakan. Setiap ReSkin hanya setebal 2-3mm dan boleh dihasilkan pada harga murah sekitar $6 untuk 100 keping. Ia boleh bertahan sebanyak 50,000 kali sebelum perlu ditukar. Kerana ia hanyalah membran getah, proses menukar kulit pada jari robot adalah mudah, murah dan pantas.

Dengan kadar segar semula 400Hz, ReSkin juga mempunyai ketepatan mengesan tekanan sehingga 90%. Dalam ujian yang telah dilakukan, robot dengan ReSkin boleh mengutip buah pada permukaan meja tanpa memecahkannya.

ReSkin kini diuji dalam bentuk sarung tangan manusia untuk mengesan tahap tekanan digunakan ketika melakukan tugasan harian, pada kasut yang dletakkan pada kaki anjing dan mengesan lokasi tekanan pada kulit. Dengan data yang dikumpul kelak akan digunakan untuk mengajar kecerdasan buatan yang mengawal robot.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami