LG Tawar Langganan Apple TV+ Percuma Tiga Bulan Untuk Pengguna LG Smart TV
November 3, 2021
LG
Aman
LG hari ini mengumumkan, bermula 15 November 2021 kelak, pengguna LG Smart TV akan dapat menikmati akses tiga bulan percuma ke Apple TV+.

Promosi baharu ini tertakluk kepada pengguna yang menggunakan LG Smart TV 2016-2021, 8K, da juga 4K LG Smart TV. Pengguna televisyen berkaitan perlu mendaftar Apple TV+ sebelum 13 Februari 2022 untuk menikmati promosi ini.
Pengguna LG Smart TV hanya perlu ke LG Content Store, dan seterusnya klik pada promosi Apple TV+ padanya.
Seperti ramai sedia maklum, Apple TV+ merupakan perkhidmatan penstriman video yang ditawarkan oleh Apple.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.