Cari @ Amanz

Seperti yang dijanjikan, Realme GT Neo2 kini diumumkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Antara titik jualan utama yang diketengahkan pada peranti pintar ini adalah sokongan skrin AMOLED 120Hz dan dijana oleh cip Snapdragon 870.

Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM2,099 dan tersedia dalam beberapa pilihan warna seperti Neo Green, Neo Black dan Neo Blue. Jualan pertama akan bermula pada 11 November 2021 dan ia boleh dibeli pada harga lebih murah iaitu RM1,999. Promosi bagaimanapun terhad untuk sehari sahaja.

Untuk spesifikasi khusus, Realme GT Neo2 menggunakan skrin berukuran 6.62-inci AMOLED FHD+ (1080 × 2400 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz. Selain daripada cip Snapdragon 870, ia juga dibekalkan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Sebagai tambahan, ia juga menyokong sistem penambahan memori secara maya mencapai 7GB. Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W SuperDart Charge.

Seterusnya, sistem penyejukan pada peranti ini turut dinaik-taraf menerusi teknologi gel yang mengadungi partikel berlian dan lapisan graphene untuk aliran haba lebih baik. Tetapan kamera utama adalah 64MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro). Kemudian, pada bahagian hadapan pula terdapatnya kamera swafoto 16MP yang digunakan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd