Cari @ Amanz

Realme Malaysia hari ini mengemaskini rangkaian peranti di bawah siri Realme C dengan penambahan model baharu menerusi pengenalan Realme C25Y. Ia merupakan sebuah peranti kelas permulaan dengan janaan cip Unisoc T618.

Di Malaysia, peranti pintar ini dijual pada harga bermula RM599 untuk model dengan memori 4GB/64GB. Sementara itu, model 4GB/128GB pula beharga RM699. Pun begitu, peranti ini boleh dibeli pada harga promosi lebih rendah iaitu RM499 pada jualan pertama peranti kelak.

Realme C25Y dilengkapi skrin sebesar 6.5-inci LCD beresolusi HD+ (1600 x 720 piksel). Turut melengkapinya adalah bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Seterusnya, tetapan kamera pula adalah 50-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (B&W) + 2-Megapixel (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd