Cari @ Amanz

Chromecast adalah fungsi menyiarkan kandungan telefon pada skrin kedua atau televisyen. Ia adalah satu teknologi siaran daripada Google dan digunakan pada dongel, Android TV dan banyak lagi. Ia satu fungsi yang memudahkan orang ramai, tingkatkan produktiviti, hiburan dan lain-lain aktiviti juga boleh dilakukan.

Terkini pada peranti yang menjalankan Android 12, Chromecast akan ada masalah sedikit di mana kandungan yang sedang disiarkan tidak boleh dikawal aras suaranya. Tidak kira sama ada menggunakan YouTube pada telefon ke TV, Netflix pada tablet ke monitor dan sebagainya. Melaras aras suara tidak dibenarkan kerana menurut Google ada masalah undang-undang yang tidak dapat diselesaikan.

Isu ini mula kelihatan pada beta Android 12 dan ramai anggap ia hanya pepijat. Tetapi nampaknya ada lagi isu lain yang tidak dijelaskan. Mungkin ada kaitan dengan isu Sonos yang saman Google sebelum ini. Apa-apa pun, adakah anda sudah menggunakan Android 12 dan mengalami isu ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd