Apple Fitness+ Kini Sudah Boleh Dilanggan Di Malaysia – RM19.90 Sebulan

Diterbitkan pada Nov 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Fitness+, iaitu perkhidmatan memfokuskan kecergasan yang ditujukan untuk pengguna Apple Watch, kini telah pun mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia bermula hari ini, 4 November 2021.

Melalui Apple Fitness+, ia menawarkan akses kepada pelbagai latihan kecergasan, dalam membolehkan para pengguna kekal sihat dan cergas. Apple turut menawarkan ia secara percuma selama tiga bulan untuk pengguna Apple Watch baharu.

Selain latihan kecergasan, Apple Fitness+ juga turut menawarkan akses kepada kandungan meditasi. Selain integrasi pada Apple Watch, penggua turut boleh mengikuti kandungan video beresolusi tinggi melalui iPhone, iPad dan AppleTV.

Bagi yang berminat, boleh mendapatkan Apple Fitness+ pada harga RM19.90 sebulan, atau pada harga RM119.90 setahun.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami