Nothing Sedang Membangunkan Lima Produk Baharu

Diterbitkan pada Nov 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing sudah melancarkan fon telinga Ear (1) mereka tahun ini dengan ramalan sebuah telefon pintar pula akan dilancarkan pada tahun 2022. Tetapi dalam sebuah temuramah dengan India Today, Manu Sharma, yang merupakan timbalan presiden Nothing India mengesahkan syarikat sedang memesatkan pembangunan lima produk.

Apakah produk tersebut tidak pula didedahkan, seperti yang telah kami nyatakan salah satunya ialah telefon dengan kedengaran ura-ura sebuah lagi ialah powerbank. Melihat kepada apa yang pernah dilakukan oleh Carl Pei di OnePlus, tidak mengejutkan jika fon kelapa, fon telinga berwayar dan pengecas pantas antara lima produk yang sedang dibangunkan sekarang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami