Craig Federighi dari Apple, pada hari ini telah menghadirkan diri ke acara Web Summit 2021, sekaiigus berkongsi beberapa perkara berkaitan dengan sekuriti.
Pada pembentangan beliau, ia dipetik mengatakan terdapat sekitar 5 juta serangan melibatkan peranti Android setiap bulan.
Antara sebab yang dikaitkan adalah kerana faktor pengesahan aplikasi di kedai aplikasi rasmi, selain keterbukaan ciri sideloading yang memudahkan sesiapa memasang aplikasi yang tidak disahkan.
Craig Federighi mengatakan Apple mengambil berat perkara ini, dan setiap aplikasi diuji dan pengguna iPhone hanya boleh memasang aplikasi melalui AppStore sahaja – sekaligus memastikan keselamatan pengguna sering terjaga.
Pada masa yang sama, beliau turut berkongsi memperlihatkan iOS hanya menerima sejumlah kecil serangan perisian hasad sahaja, jikalau dibandingkan dengan Android dan Windows yang memperlihatkan serangan berkali-ganda lebih tinggi.