Sistem Tema Material You Android 12 Mengakibatkan Permua Tergendala

Diterbitkan pada Nov 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Android 12 adalah Android serba baharu dengan nafas segar kerana akhirnya menggunakan sistem tema baharu – Material You. Bertahun lamanya dengan Material Design, kini rekaan yang lebih ceria, ikon besar, teks mudah dibaca, mesra penggunaan satu tangan dengan padat bersama pelbagai ciri dan fungsi sekuriti untuk melindungi pengguna ditawarkan.

Khusus untuk pengguna Pixel, sistem tema Material You di mana tema warna sistem yang adaptif mengikut gambar latar belakang – kelihatan satu fungsi yang menarik dan unik. Sayang sekali fungsi ini akan mengakibatkan permua tergendala pada peranti-peranti Pixel dengan Android 12.

Menurut beberapa laporan, sebaik sahaja permua dibuka ia akan tertutup secara automatik. Google dikatakan sudah sedar akan isu ini dan kemaskini mungkin akan diedarkan dalam masa terdekat.

Adakah Material You yang eksklusif pada Pixel ini satu perkara yang bagus agar peranti lain tidak terjejas? Atau pengeluar peranti yang perlu mengimplementasikan lebih banyak elemen sama dalam sistem masing-masing?

komen


© Amanz / 2022 Kami