Carian
Spesifikasi Teras Snapdragon 898 Tertiris
November 5, 2021 Effi Saharudin

Snapdragon 898 akan menjadi SOC mercu dari Qualcomm untuk peranti mercu 2022. Beberapa peranti kini dilaporkan sedang menguji Snapdragon 898 dan pagi ini imej sebenar sebuah peranti misteri yang mengujinya tertiris sekaligus mendedahkan konfigurasi teras yang digunakan.

Snapdragon 898 masih mengekalkan penggunaan lapan teras dengan konfigurasi 1+3+4. Teras utama yang berasaskan Cortex-X2 adalah berkelajuan 3.0 GHz. Tiga lagi teras dengan Cortex-A710 pula berkelajuan 2.5 GHz. Akhir sekali ialah empat teras Cortex-A510 berkelajuan 1.79 GHz. GPU yang digunakan pula ialah Adreno 730.

Xiaomi Mi 12 dipercayai akan menjadi peranti pertama menggunakan cip ini sama seperti Mi 11 menjadi yang pertama menggunakan Sanpdragon 888 tahun lalu.

Komen