Carian
Craig Federighi Dari Apple : “Sideloading Adalah Rakan Baik Untuk Penjenayah Siber”
November 5, 2021 Aman

Pada hari ini, terdapat beberapa platform yang membenarkan sideloading, atau kemudahan untuk memuatkan sesuatu aplikasi tanpa melalui kedai aplikasi – terutamanya pada peranti Android. Dan terdapat beberapa tekanan yang meminta Apple turut membenarkan perkara sama, tanpa melalui kedai aplikasi AppStore.

Menyentuh mengenainya, Craig Federighi dari Apple mengatakan kebolehan sideloading ini adalah “rakan baik” untuk penjenayah siber.

Membenarkan sideloading diperkatakan akan membenarkan akses kepada sistem, sekaligus membuka kepada serangan perisian hasad dan godaman daripada pihak ketiga.

Beliau turut mengatakan yang mana dengan ekosistem tertutup dan terlindung Apple, ia membolehkan kadar perisian hasad adalah terendah dalam industri – disamping kekal menjaga privasi dan keselamatan pengguna.

Sebelum ini, terdapat cadangan di Kesatuan Eropah yang mungkin memerlukan Apple membenarkan pemasangan aplikasi dari luar AppStore. Namun, dengan hujah pihak Apple ini, ia mungkin memberikan sebab mengapa Apple tidak membuka atau membenarkan pihak ketiga pada sistem mereka.

Komen