Cari @ Amanz

MIUI merupakan antaramuka yang digunakan oleh Xiaomi pada peranti keluaran mereka. Ia berasaskan kepada Android, dan hadir bersama sejumlah penambahan menarik.

Bercakap mengenainya, kini pengasas Xiaomi, Lei Jun mengesahkan yang mana kemaskini MIUI yang seterusnya, MIUI 13 akan hadir pada penghujung tahun 2021 ini.

MIUI 13 dijagka menawarkan sejumlah besar kemaskini, termasuk dari segi antaramuka, selain pengoptimasian pemprosesan dan penjimatan bateri.

Jikalau mengikut sebelum ini, kebiasaannya MIUI akan diperkenalkan untuk pengguna China terlebih dahulu, sebelum versi global diperkenalkan. Kita boleh menjangkakan perkara sama turut berlaku untuk MIUI 13.


Denga perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan pengenalan MIUI13 dalam masa kurang dua bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd