Cari @ Amanz

Microsoft kini mengatakan yang mana mungkin terdapat sejumlah pengguna yang tidak dapat membuka atau mengakses sejumlah aplikasi terbina pada Windows 11. Hal ini disebabkan oleh masalah dengan sijil digital Microsoft yang luput pada 31 Oktober 2021 lepas.

Antara aplikasi yang mungkin terjejas adalah termaasuk Snipping Tool, Start Menu (S-Mode), Touch Keyboard, Emoji Panel, dan juga halaman akaun pada aplikasi tetapan (S-Mode).

Bagi anda yang terjejas, anda diminta mengakses Windows Update, dan mengemaskini komputer anda dengan kemaskini terbaru yang ditawarkan Microsoft.

Sebagai alternatif untuk Snipping Tool juga, Microsoft mengatakan pengguna boleh menggunakan kekunci Print Screen dalam merakamkan gambar paparan skrin, serta menggunakannya bersama Paint.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd