EA Mengatakan NFT Dan Rantaian-Blok Adalah Masa Depan Industri Permainan Video

Diterbitkan pada Nov 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Electronic Arts atau EA sedia terkenal dengan penawaran permainan popular memfokuskan sukan, aksi dan sebagainya. Antara yang popular adalah termasuk FIFA, Apex Legends, Need for Speed, dan sebagainya.

Terbaru, CEO EA mengatakan yang mana NFT dan juga rantaian-blok adalah masa depan untuk industri permainan video.

Pada hari ini terdapat beberapa permainan berbentuk main-untuk-jana yang membolehkan para pemain mengumpulkan sejumlah item dalam permainan yang eksklusif dan mempunyai nilai tersendiri. Salah satu yang popular adalah Axie Infinity.

Buat masa ini, pihak EA masih tidak berkongsi berkenaan bagaimana mereka akan implementasikan NFT dan rantiaian-blok pada permainan mereka. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan dengan integrasi ini dalam masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami