*Promo eksklusif untuk pembaca Amanz berada di akhir artikel
Konsep pelaburan bukan sesuatu yang asing lagi kepada orang ramai. Dengan kemudahan teknologi sekarang, seseorang individu boleh mula melabur dalam masa beberapa minit sahaja. Tidak lagi perlu untuk beratur di kaunter, mengimbas kad pengenalan dan sebagainya. Ini kerana anda boleh melabur dengan hanya menggunakan telefon pintar anda, di mana sahaja anda berada pada bila-bila masa. Tetapi kita perlu tahu, terutamanya yang beragama Islam, bahawa tidak semua jenis pelaburan adalah halal dan mengikut syariah Islam. Perkara ini telah mewujudkan suatu jurang di pasaran dan sebab itulah aplikasi Wahed Invest dibangunkan untuk melengkapi jurang ini.
Apa Itu Wahed Invest?
Wahed Invest adalah suatu aplikasi yang mesra pengguna di mana anda boleh mulakan pelaburan anda dengan beberapa tatalan di skrin telefon pintar anda sahaja. Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini telah memenangi beberapa anugerah seperti Best Islamic Robo-Advisory Platform dari World Islamic Fintech Awards pada tahun 2020 dan Online Business of the Year dari Islamic Channel Business Awards pada tahun 2019. Malah menurut Wahed Invest, lebih daripada 200,000 pelabur beragama Islam di seluruh dunia menggunakan aplikasi ini dan bagi anda yang belum mencubanya, mungkin faktor-faktor dibawah boleh meyakinkan anda untuk membuat pelaburan melalui Wahed Invest.
1. Pelaburannya Halal Kerana Mematuhi Syariah Islam
Wahed Invest komited untuk mengendalikan semua pelaburan supaya ia 100% halal dan mengikut Syariah Islam yang telah ditetapkan. Pelaburan yang dibuat akan dipantau oleh lembaga Syariah Wahed yang terdiri dari 3 orang penasihat. Dr Aznan Hasan adalah diantara penasihat Syariah dari Malaysia dan merupakan Presiden Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam (ASAS). Mufti Faraz Adam Hanif dan Shaikh Muhammad Ahmad Sultan juga tidak kurang hebatnya kerana mereka mempunyai pengalaman yang lama dalam industri perbankan dan juga kewangan.
Di samping itu, pelaburan yang dibuat oleh Wahed Invest juga terhindar daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang dan mengikut prinsip Islam yang ditetapkan. Malah sebahagian daripada pendapatan dari pelaburan juga akan diberikan sebagai zakat. Pihak Wahed Invest akan membuat saringan dan memastikan bahawa dana pelaburan yang diterima adalah daripada sumber yang halal dan tidak menerima sebarang riba, hutang dan mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh badan Perakaunan dan Pengauditan Pertubuhan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI). Segala kontrak, proses pelaburan dan traksaksi akan dipastikan untuk mematuhi etika pelaburan dalam Islam.
2. Pelaburan Sehingga Ke Pasaran Global
Bergantung pada profil pelaburan yang anda pilih, pelaburan anda boleh dimasukkan kedalam Dana Dagangan Bursa (Exchange Traded Funds atau ETF) yang berpotensi mendapat pendedahan secara global. Jadi anda boleh juga melaburkan saham ke organisasi-organisasi besar di Amerika Syarikat seperti Apple, Tesla, Adobe,Pfizer, dan saham dari pasaran China dimana China adalah antara pemain utama untuk industri teknologi, semikonduktor, kesihatan dan konsumer. Bayaran untuk melabur pada ETF juga adalah rendah dengan kadar pambayaran bawah 1%.
3. Berpotensi Untuk Menerima Pulangan Lebih 10% Setahun
Seperti yang dikatakan tadi, anda boleh memilih profil anda tersendiri, atau anda akan disarankan kepada suatu portfolio mengikut matlamat peribadi dan risiko yang anda sanggup terima. Anda hanya perlu RM100 sebagai deposit permulaan dalam akaun Wahed Invest, dan boleh memilih untuk meneruskan deposit secara mingguan atau bulanan jika anda ingin mengembangkan portfolio anda secara konsisten dan automatik. Jadi anda tidak perlu lakukan apa-apa selepas deposit dimasukkan. Anda boleh ke halaman portfolio di laman rasmi Wahed Invest untuk melihat bagaimana jenis-jenis portfolio Wahed dibahagikan mengikut peruntukkan saham global, saham untuk pasaran baru berkembang, Sukuk (sijil kewangan Islamik), emas dan wang tunai, serta peratusan pemulangan pelaburan yang anda berpeluang untuk terima.
Sebagai contoh, jika anda melaburkan RM10,000 pada April 2011 ke portfolio yang melabur ke dalam saham US, pelaburan anda tersebut akan berkembang ke RM33,859 pada April 2021.* Seperti semua jenis pelaburan, anda perlu ingat bahawa wang yang pernah dilaburkan dahulu tidak semestinya menjamin pulangannya pada masa hadapan. Oleh sebab itulah bagi setiap pelaburan, anda disarankan untuk hanya melaburkan wang mengikut kesesuaian, kemampuan dan risiko yang anda sanggup hadapi.
*Berdasarkan prestasi sejarah indeks FTSE USA Shariah dan bukan mana-mana portfolio dari Wahed. Untuk tujuan ilustrasi sahaja.
4. Menerima Pengiktirafan Oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Wahed Invest ini telah diiktirafkan penggunaannya di lebih 9 buah negara dan di Malaysia sendiri mereka telah menerima lesen untuk beroperasi secara sah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Anda juga tidak perlu risau tentang pelaburan anda kerana ia dilindungi oleh Perbadanan Dana Pampasan Pasaran Modal(CMCF) untuk jumlah sehingga RM100,000 sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diinginkan kepada organisasi Wahed Invest yang membuatkan mereka tidak dapat membayar semula kepada para pelabur.
Aplikasi pelaburan Wahed Invest ini juga telah disokong oleh kerajaan Dubai dan Saudi Aramco, iaitu sebuah syarikat minyak dan gas di Arab Saudi. Dari segi pengurusan di Malaysia pula, Wahed Invest diketuai oleh Syakir Hashim, iaitu pengasas bersama SkolaFund (kini dikenali sebagai Kitafund). Bagi pasaran antarabangsa pula, Samim Abedi yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang pelaburan dan kewangan di JP Morgan dan Google adalah Ketua Pegawai Pelaburan (Chief Investment Officer/CIO) dan ramai lagi individu yang berkaliber bekerja disebalik organisasi Wahed Invest. Jadi, anda tidak perlu risau untuk status pelaburan anda kerana ia dikendalikan oleh individu-individu yang berpengalaman dan hebat dalam bidang kewangan dan pelaburan.
5. Bonus RM40 Untuk Pembaca Amanz

Khas untuk pembaca Amanz, pihak Wahed Invest akan memberi anda insentif yang menarik apabila anda membuka akaun Wahed Invest untuk kali pertama. Jika anda berjaya membuka akaun, anda perlu memasukkan deposit minimum RM100 kedalam akaun dan anda hanya perlu memasukkan kod rujukan “AMANZ” untuk menerima ganjaran sebanyak RM40 tambahan yang akan dikreditkan kedalam akaun anda nanti kelak.
Jika anda menggunakan sistem FPX untuk masukkan deposit ke akaun Wahed Invest, anda disarankan untuk memasukkan RM101. Ini bagi memastikan anda mempunyai deposit RM100 dalam akaun pelaburan anda untuk layak menerima RM40 tambahan tersebut. Ini kerana, anda akan dikenakan caj daripada perkhidmatan FPX bagi setiap transaksi yang dilakukan. Kod rujukan ini hanya sah sehingga 30 November 2021 dan seperti biasa, ia bergantung kepada terma dan syarat. Jadi tunggu apa lagi, labur dengan Wahed Invest sekarang tanpa risau tentang status halalnya.
Penafian : Posting ini dibuat dengan kerjasama Wahed Invest. Pandangan yang dinyatakan dalam siaran ini adalah sepenuhnya milik penulis dan tidak semestinya mencerminkan dasar, kedudukan atau pendapat rasmi pihak Wahed Invest.
Penafian Sepenuhnya: https://fal.cn/3jI4p