Cari @ Amanz

Dron DJI Mavic 3 telah dilancarkan dan ia adalah dron premium yang mementingkan kemampuan videografi.Ia dilengkapi dwi-kamera dengan salah satunya direka oleh firma fotografi terkemuka Hasselblad dengan kemampuan melakukan rakaman video 5K ProRes.

Kamera utama Hasselblad adalah 20MP M4/3 CMOS sementara sebuah lagi kamera dengan kemampuan zum hibrid 28X. Ini membolehkan ia digunakan untuk merakam objek dari jarak jauh tanpa mengganggu atau digunakan untuk melihat kawasan sekeliling sebelum rakaman video pada kamera utama dilakukan. Sistem gimbal tiga paksi memastikan video yang diambil sentiasa stabil.

Dron boleh terbang sehingga 46 minit dengan kelajuan mencecah 68 km/j dan sehingga ketinggian 6000 meter. Sistem APAS 5.0 memastikan dron boleh terbang dengan selamat tanpa sebarang kemalangan dan kembali kepada pemilik apabila berlaku masalah kawalan. Seperti Mavic terdahulu, Mavic 3 mengekalkan rekaan kuad-kipas dan kemampuan boleh dilipat untuk disimpan tanpa memakan ruang yang besar.

DJI Magic 3 dijual pada harga $2199 (~RM9149) untuk versi biasa dan DJI Mavic 3 Cine pula dijual pada harga $4999 (~RM20,798) yang memberikan kemampuan rakaman video Apple ProRes serta storan sebesar 1TB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd