Twitter Kini Membolehkan Semua Mendengar Twitter Spaces – Walaupun Tanpa Akaun Twitter

Diterbitkan pada Nov 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter sedia memfokuskan kepada ciri Twitter Spaces, iaitu kebolehan untuk berbual dan berbincang dalam bentuk audio. Ia ditawarkan melalui aplikasi Android, iOS dan juga melalui web.

Selepas memperkenalkan beberapa ciri menarik untuknya, kini Twtter turut membolehkan lebiih ramai mendengar Twitter Spaces.

Bermula hari ini, pengguna tidak lagi memerlukan akaun Twitter untuk mendengar Twitter Spaces. Sesiapa sahaja boleh membuka pautan Twitter Spaces melalui web, dan seterusnya mendengar penuh tanpa mempunyai sebarang akaun.

Pengenalan ciri ini juga turut membuka akses perkhidmatan berkenaan dengan lebih meluas jikalau dibandingkan dengan pesaing seperti Clubhouse yang terikat dalam platform berkenaan sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami