Oppo A95 Akan Dilancarkan Pada 15 November 2021

Diterbitkan pada Nov 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Malaysia telah berkongsi perancangan untuk hadir dengan model baharu tidak lama lagi. Melaluinya, jenama ini akan memperkenalkan Oppo A95 dan kini tarikh pelancaran rasminya telah dikongsi menerusi entri terkini di Facebook rasmi.

Peranti pintar berkenaan akan diperkenalkan kira-kira sepuluh hari daripada sekarang iaitu pada 15 November 2021. Buat masa ini, ruang pendaftaran minat masih dibuka bagi yang berminat. Melaluinya, anda juga akan menerima emel promosi mengenai peranti berkenaan untuk pasaran tempatan.

Seperti yang dikongsi sebelum ini, Oppo A95 akan dilengkapi sistem tri-kamera di belakang dengan skrin berlubang pada panel hadapan. Ia juga akan mempunyai bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Tidak ketinggalan, memori sebesar 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan memori secara maya mencapai 5GB turut disertakan.

Seperti biasa, kekal setia dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya – termasuklah harga jualan rasminya selepas diumumkan secara rasmi kelak.

Sumber : Oppo Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami