Meta Dilaporkan Ingin Membuka Kedai Fizikal Untuk Pertontonkan Produk

Diterbitkan pada Nov 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook sedia menjenamakan syarikat disebalik mereka kepada Meta, dan kini beberapa perkara baharu dirancang selari dengannya. Dalam usaha mempertontonkan produk yang dihasilkan, serta memberikan pengalaman menyeluruh berkaitan alam meta, Meta kini dilaporkan bakal membuka kedai fizikal mereka tersendiri.

Kedai fizikal ini lebih memfokuskan kepada memberikan pengalaman kepada pengguna, berbanding dengan memfokuskan kepada jual beli.

Pada hari ini, Meta mempunyai beberapa produk, termasuk Oculus Quest yang akan mula dinamakan Meta Quest, selain produk Portal. Tahun ini juga, kaca mata Ray-ban Stories telah diperkenalkan.

Rekaan awal kedai Meta ini dikatakan tampak moden dan minimalis. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kedai Meta ini akan dibuka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami