Samsung Mengadakan Jerayawara TV Pintar – Promosi Percuma Kredit Touch ’n Go Sehingga RM 6,000

Diterbitkan pada Nov 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pandemik yang tidak kunjung sudah ini telah menukar gaya hidup kita semua. Dan masih kita ingat diawal waktu Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, ramai antara kita yang membeli peranti menyesuaikan kerja dari rumah.

Namun tidak dinafikan membeli barangan rumah tanpa melihat dengan lebih dekat ada kekurangannya tersendiri. Bermula hari ini, Samsung mengadakan jerayawara di beberapa lokasi terpilih, disamping membawakan TV pintar dan juga projektor terbaru mereka untuk dilihat dengan lebih dekat. 

Di acara ini, anda boleh melihat sendiri televisyen terbaru dari Samsung antaranya Neo QLED 8K. Televisyen ini mengetengahkan teknologi QLED terbaru, dengan Neo Quantum Processor 8K, yang turut boleh melakukan upscaling video lebih baik, bagi memenuhi resolusi dan saiz paparan yang lebih besar.

Selain dari itu mereka turut mempamerkan projektor terbaru mereka iaitu The Premiere, sejenis projektor ‘ultra-short-throw’ yang tidak memakan ruang, dan mempunyai pembesar suara tersendiri. Ia juga dilengkapi SmartThings, dan menjadikan ruang tamu anda sebagai pusat kawalan peranti pintar di seluruh rumah anda.

Lebih menarik lagi pada acara jerayawara ini juga Samsung akan mengadakan promosi tempoh waktu terhad dengan hadiah percuma antaranya seperti berikut.

  • 85″ Neo QLED 8K TV – RM 49,999: Hadiah bernilai RM 6,499 (Kredit e-dompet Touch ‘n Go atau Boost RM 6,000 + Slim Fit Wall Mount bernilai RM 499)
  • 75″ Neo QLED 8K TV – RM 36,999: Hadiah bernilai RM 4,499 (Kredit e-dompet Touch ‘n Go atau Boost RM 4,000 + Slim Fit Wall Mount bernilai RM 499)
  • 65″ Neo QLED 8K TV – RM 24,999: Hadiah bernilai RM 2,999 (Kredit e-dompet Touch ‘n Go atau Boost RM 2,500 + Slim Fit Wall Mount bernilai RM 499)
  • Projektor 130″ The Premiere – RM 39,999: Hadiah bernilai RM 6,000 (Kredit e-dompet Touch ‘n Go atau Boost RM 6,000)
  • Projektor 120″ The Premiere – RM 24,999: Hadiah bernilai RM 4,000 (Kredit e-dompet Touch ‘n Go atau Boost RM 4,000)

Selain dari TV pintar, anda juga boleh mendapatkan telefon Galaxy Z Fold3 | Flip3 5G dan juga aksesori menarik yang disertakan bersama, termasuklah beg rekaan khas pereka tempatan untuk pembelian Galaxy Z Flip3 5G yang bernilai RM 169.

Bagi anda yang berminat untuk menghadiri jerayawara ini, ia diadakan di IOI City Mall, Putrajaya sehingga 7 November ini manakala di One Utama pada 10-14 November ini. Maklumat lanjut mengenai jerayawara dan juga promosi ini anda boleh layari laman rasmi mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami