Carian
Sokongan Pembayaran Boost QR Pada Samsung Pay Akan Ditamatkan Pada 15 November 2021
November 5, 2021 Aman

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan integrasi dompet digital Boost pada Samsung Pay – sekaligus memudahkan lagi pengguna melakukan pembayaran di pelbagai kedai yang menyokong imbasan kod QR, serta menggunakan kredit daripada dompet digital Boost.

Apa pun, bermula 15 November 2021 ini, sokongan pembayaran Boost QR ini akan ditamatkan.

Samsung bakal menawarkan kemaskini aplikasi Samsung Pay tidak lama lagi yang akan membuang integrasi ciri berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan ciri pembayaran QR melalui Boost pada Samsung Pay? Adakah anda akan merindui ciri ini?

Komen