Apple Dijangka Hadir Dengan Cip 3nm Untuk Mac Seawal 2023

Diterbitkan pada Nov 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple pada hari ini telah sedia menawarkan cip Apple M1, M1 Pro dan juga M1 Max bersama-sama produk komputer mereka, hadir dengan rekaan berasaskan kepada teknologi 5nm.

Bergerak ke hadapan, kini hadir laporan yang mana Apple akan memperkenalkan generasi kedua cip pemprosesan mereka, “M2” pada 2022 dengan kekal mengguakan teknologi 5nm.

Apa pun, ia dijangka menggunakan teknologi 5nm yang ditambah-baik, membolehkan prestasi digandakan pada komputer.

Selain itu, Apple dan juga TSMC kini dilaporkan merancang untuk menghasilkan cip berasaskan 3-nanometer seawal 2023 untuk komputer.

Ia sekaligus dijangka menawarkan prestasi berganda dengan penawaran sehingga 40 teras CPU dalam satu cip – dan pada masa yang sama lebih efisien dari segi penggunaan tenaga.

Apple turut dijangka akan menghasilkan cip iPhone dengan rekaan 3nm pada tempoh lebih kurang sama.

Sekiranya mengikut jadual yang dirancang ini, Apple dijangka akan terus menerajui dan mendahului Intel dari segi cip untuk komputer. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan positif arena ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami