Carian
Bitly Mengoptimasikan Perkhidmatan Untuk Era Penerbit Kandungan Dengan Link Launchpad
November 5, 2021 Aman

Bitly merupakan salah satu penyedia perkhidmatan yang memfokuskan kepada memendekkan pautan panjang menjadi pendek. Ia agak popular ketika era permulaan laman sosial, dimana penerbit kandungan ingin memantau dari mana klik hadir, selain berkongsi pautan yang pendek.

Namun, dengan era TikTok, Instagram dan sebagainya yang semakin popular, Bitly dilihat agak jarang digunakan berbanding sebelum ini – selain sukar untuk mendapat pengguna baharu ke perkhidmatan mereka.

Selari dengannya, kini Bitly turut memasuki ke arena “pautan bio” melalui apa yang dinamakan Link Launchpad.

Melaluinya, ia menawarkan sebuah halaman sehenti yang menghimpunkan pelbagai pautan, dan boleh dikongsikan pada bahagian profil di aplikasi sosial seperti TikTok dan Instagram – yang mengehadkan kepada hanya satu perkongsian pautan sahaja.

Untuk makluman, pada hari ini salah satu penyedia yang popular adalah LinkTree, dan terdapat beberapa perkhidmatan lain, termasuk Socl dari Malaysia.

Penawaran Link Launchpad masih pada peringkat beta lagi, dan tidak diketahui lagi bilakah pelancaran penuh untuknya aakan diperkenalkan.

Komen