Cari @ Amanz

Gambar Peranti Samsung Galaxy S22 Ultra Hadir Ke Arena Web – Menyertakan Ruangan S-Pen

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung sedia diperkatakan bakal memperkenalkan Galaxy S22 sekitar bulan Februari kelak. Sebelum ini, kita telah pun melihat beberapa gambaran awal telefon pintar berkenaan, dan menariknya hari ini gambar sebenar peranti yang diperkatakan Galaxy S22 Ultra hadir ke arena web.

Dikongsikan FrontPageTech, ia memperlihatkan rekaan seumpama gambar yang telah sedia tertiris sebelum ini.

Galaxy S22 Ultra menyertakan rekaan kamera yang kelihatan sedikit tertimbul, sementara bahagian hadapan pula menawarkan rekaaan skrin nirbingkai.

Bahagian tepi juga sedikit melengkung, dan bukannya mendatar seperti ramai jangkakan. Galaxy S22 Ultra turut menyertakan sokongan input menggunakan S-Pen.

Menariknya juga, ia turut menyertakan bahagian khusus untuk S-Pen = lebih kurang sama seperti siri Galaxy Note. Disebabkan oleh itu juga, ia membawakan rekaan yang sedikit tebal berbanding peranti lain di pasaran.

Dengan kehadiran gambar ini, tidak mustahil kita mendengar lanjut berkenaan Galaxy S22 Ultra dalam bulan-bulan akan datang, sebelum pelancaran rasminya.


Komen ()