Apple Memberikan Kemaskini macOS Monterey Bagi Menyelesaikan Isu Mac Gagal Berfungsi

Diterbitkan pada Nov 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemas kini yang diberikan kepada macOS Monterey beberapa minggu yang lalu menyebabkan Mac model lama gagal berfungsi. Usai kemaskini, komputer langsung tidak boleh dihidupkan sehingga perlu dihantar ke kedai bagi dipulihkan semula. Hari ini Apple memberikan kemas kini kepada macOS Monterey bagi memastikan isu ini tidak berulang.

Apa yang berlaku adalah firmware untuk cip sekuriti T2 yang digunakan pada komputer Mac mempunyai masalah selepas perisian dikemaskini. Oleh sebab itu komputer tidak boleh dihidupkan kerana sistem keselamatan telah diaktifkan. Hanya Mac dengan cip Intel sahaja mengalami isu ini. Jika ia berlaku kepada anda, isu ini tidak boleh diselesaikan sendiri dengan anda perlu menghubungi Apple Support untuk membaiki komputer yang kini hanya menjadi pemberat kertas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami