Tarikh keramat 11.11 menjelang tiba tidak lama lagi. Tarikh ini yang diwujudkan oleh Alibaba sebagai Singles Day bakal membawakan pelbagai promosi untuk pelbagai barangan, termasuklah peranti. OPPO pula untuk tahun ini mengadakan promosi menarik setiap hari 11 hari sebelum tarikh keramat ini.

Untuk 11 hari bermula 1 November, setiap malam akan ada acara siaran langsung pada jam 8:30pm-9:30pm di halaman rasmi OPPO Malaysia, yang turut mempunyai tema berbeza dan hadiah yang berbeza. Antaranya termasuklah dengan tema Gaming Night, Bundle Night, dan juga hari dimana mereka mengadakan sesi soal jawab dengan pembaca.
Sekiranya anda sedang mencari peranti OPPO, anda juga boleh mendapatkan A74 5G pada harga yang jauh lebih murah dari harga asal RM1,009, iaitu RM 829 pada tempoh promosi ini di Lazada, manakala Reno5 ditawarkan pada harga RM 1,299 (berbanding harga asal RM 1,699) menerusi Shopee dan OPPO Store.

Bagi anda yang akan membeli peranti OPPO pada 11.11, anda juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah mereka yang turut menawarkan hadiah menarik seperti Ogawa Smart Jazz, penyedut hampagas Dyson V12, Nintendo Switch, mesin kopi Nespresso dan pelbagai lagi. Anda boleh mendapatkan kesemua produk OPPO pada 11.11 di kedai rasmi mereka, Shopee, Lazada, serta Astro Go Shop.