Power-Tap Glass Mengalirkan Elektrik Menerusi Kaca

Diterbitkan pada Nov 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kami mempunyai ramai rakan yang boleh dikategorikan sebagai pengemas dan minimalis. Setiap wayar pada peranti elektronik mereka disusun kemas walaupun tersorok di dalam menara komputer. Bagi mereka yang inginkan konfigurasi nirwayar sebenar, Power-Tap Glass ia penyelesaian kepada isu wayar berselirat.

Power-Tap Glass dicipta oleh firma rekaan Cohda Design untuk syarikat kasa NSG Pilkington. Lapisan kaca yang mengalirkan elektrik diletakkan diantara lapisan kaca yang bertindak sebagai penebat. Tetapi kerana tiada perbezaan di antara indek biasan, keseluruhan meja kelihatan seperti sekeping kaca biasa. Terdapat beberapa tempat sambungan logam yang akan mengalirkan kuasa elektrik kepada peranti yang diletakkan di atasnya.

Dalam video demo yang diperlihatkan oleh Cohda Design, antara peranti yang boleh dibekalkan kuasa ialah kipas dan lampu. Pereka membayangkan Power-Tap Glass digunakan pada permukaan meja dapur dengan terdapat kawasan untuk membekalkan kuasa kepada cerek air, port pengecasan peranti dan banyak lagi peralatan elektrik dapur.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami