Kesilapan MySejahtera Membuatkan Sejumlah Pengguna Menerima Status “Merah” – Kini Telah Diperbaiki

Diterbitkan pada Nov 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MySejahtera untuk sejumlah pengguna pada hari ini telah memaparkan status HSO (Home Surveillance Order) secara rawak. Perkara ini dilihat berlaku disebabkan oleh kesilapan pada bahagian MySejahtera, yang kini telah dibetulkan.

Pihak MySejahtera melalui kenyataan yang dikeluarkan, mengatakan kesilapan pada bahagian mereka membuatkan sejumlah pengguna secara rawak diberikan status HSO / PUS.

Apa pun, mereka telah perbetulkan punca masalah berkenaan, dan semua status HSO yang tidak tepat telah dipadam, dan juga status PUS turut telah dibetulkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami