Carian
Cip Mercu Snapdragon Seterusnya Dijangka Diperkenalkan Pada 30 November
November 7, 2021 Aman

Qualcomm kini menjadualkan acara Snapdragon Tech Summit seterusnya, yang mana dijadualkan pada 30 November 2021 sehingga 2 Disember 2021 kelak.

Kebiasaannya, Qualcomm akan memperkenalkan cip mercu Snapdragon pada acara berkenaan, selain turut berkongsi berkenaan pelbagai teknologi baharu yang dibangunkan mereka.

Mengikut desas-desus, Snapdragon 898 dijangka menjadi cip mercu seterusnya, dan Xiaomi mungkin antara yang terawal menggunakannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perkongsian acara Snapdragon Tech Summit ini.

Komen