Cari @ Amanz

Tahun ini nampaknya HUAWEI tampak agresif dan garang dengan pelbagai pelancaran peranti baru. Tidak cukup dengan itu, HUAWEI nova 9 bakal hadir ke pasaran tidak lama lagi dan jika anda sedang berkira-kira untuk mencari telefon pintar baharu, tamatkan sahaja carian anda dengan memilih HUAWEI nova 9 ini.

Jika anda baru sahaja mengenali siri nova ini, ia dikhususkan sebagai peranti kelas pertengahan, namun dengan spesifikasi tinggi yang hampir menyamai P dan juga Mate. Berikut merupakan 6 sebab kenapa anda perlu memilih HUAWEI nova 9 bagi memasuki tahun 2022

Kamera 50MP Terulung Dalam Kelasnya

Perkara paling terhebat dan terulung yang ada pada HUAWEI nova 9 adalah keupayaan kameranya. Ia hadir dengan gabungan kamera 50MP Ultra Vision, 8MP Kamera Sudut Ultra-Lebar, 2MP Kamera Kedalaman dan juga kamera Macro yang boleh merakam pada jarak dekat sedekat 5cm. 

Malah berbeza dengan kamera lain, kamera ini juga merakam warna pada tetapan RYYB color filter array dengan fokus terhadap ‘highlight sensitivity, yang sekaligus merakam sehingga 40% lebih pendedahan kepada cahaya, memberikan kejelasan pada gambar di tahap yang lebih tinggi. 

Selain dari itu, terdapat XD Fusion Engine, iaitu teknologi HUAWEI dalam memberikan lebih keperincian pada gambar menerusi analisis perkiraan kecerdasan buatan untuk teknik fotografik. Perkara ini sekaligus membantu fungsi lain seperti Ultra Vision HDR Technology yang menambahkan warna yang tepat, serta Super Night Mode yang turut membantu rakaman fotografi dikeadaan yang kurang cahaya mahupun di waktu malam, memberikan gambar dengan pencahayaan yang cukup baik didalam mahupun di luar rumah. 

Satu lagi fungsi yang terdapat pada HUAWEI nova 9 adalah fungsi Dual-View pada fungsi video, membolehkan rakaman dilakukan menggunakan kamera utama dan kamera hadapan. Dengan ini anda boleh merakam video menarik, sambil memberikan komentari untuknya secara serentak, tanpa perlu melakukan suntingan tambahan di kemudian proses yang mungkin membazirkan masa anda. 

Prestasi Gaming Yang Terbaik

Tidak cukup dengan keupayaan kamera terulung, HUAWEI nova 9 turut menyertakan keupayaan gaming yang terbaik dan laju. Dengan kadar touch sampling setinggi 300Hz, pengguna yang sangat handal dapat memastikan segala gerak-geri aksi mereka dapat direkodkan dengan tepat dan tanpa lengah masa. Ini sekaligus membantu pemain sentiasa pada tahap tertinggi untuk semua faktor yang membolehkan merena senantiasa menang. 

Prestasi gaming terbaik ini juga dibantu dengan teknologi Grafena dan VC Liquid Cooling, membolehkan peranti sentiasa beroperasi pantas tanpa sebarang kepanasan yang boleh melambatkan cip pemprosesan. Dengan teknologi grafena, haba dapat disalurkan dengan baik dan terus menyejukkan peranti apabila diperlukan, sekaligus menjamin prestasi sentiasa di tahap tertinggi. 

Paparan 120Hz Yang Laju Berprestasi Tinggi

Tahun ini menampakkan satu trend peranti masa kini iaitu kelajuan paparan melebihi kebiasaan iaitu melebihi 60Hz. Terbaru pada siri HUAWEI nova 9 adalah kelajuan paparan yang boleh dipaparkan pada 120Hz bergantung kepada penggunaan. Pengalaman kelajuan tidak terhingga ini dilengkapkan dengan paparan skrin melengkung OLED bersaiz 6.57-inci yang juga memberikan kesan sinematik khas berkat dari saiz ini. 

Ini adalah satu berita yang baik kerana pada kelajuan 120Hz, aplikasi nampak lebih lancar, malah permainan juga dapat dimainkan dengan sangat baik kerana kelajuan segar semula ini dapat memberikan reaksi yang lebih pantas. Malah berbanding dengan telefon yang lain yang mungkin memerlukan anda melakukan tetapan grafik tertentu, nova 9 ini mampu mengoptimasikan kelajuan segar semula paparan ini secara automatik.

Rekaan Menarik

Dengan paparan skrin melengkung ini sekaligus memberikan perwatakan kepada rekaan HUAWEI nova 9 kerana ia bukan sahaja cantik dipandang, malah memikat hati sesiapa jua yang memegangnya kerana tampak tipis dengan butang-butang di bahagian tepi peranti. Ia hanya seberat 175g dan setebal 7.77mm, memberikan anda cengkaman yang kuat sewaktu memegangnya. 

Melengkapkan lagi rekaan fizikal ini adalah kemasan dengan warna memikat dipanggil Starry Blue, yang dihasilkan dengan dua filem dan juga dua lapisan kemasan memberikan permukaan yang tidak berkilat. Ia sekaligus menyerlahkan keperibadian dan identiti peranti ini berbanding peranti lain.

Pengecasan Pantas 66W Penuh Bateri Dalam Masa 38 Minit

Menjadi kebiasaan peranti masakini untuk hadir dengan pengecasan pantas. Fungsi ini penting bagi membolehkan peranti dapat dicaj dengan lebih laju dan membolehkan tiada masa dibazirkan menunggu bateri penuh. 

Pada HUAWEI nova 9 terdapat pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge yang membolehkan bateri dicaj penuh selama 38 minit. Bayangkan dalam kehidupan seharian anda, 38 minit waktu yang diambil untuk bersiap, bersarapan, melakukan kerja rumah, dan bateri nova 9 dapat dicaj penuh dan anda tidak perlu menunggu dengan lebih lama, mahupun mengusung bank kuasa yang menyusahkan dan melecehkan. 

HUAWEI Mobile Services 

Banyak perkara berubah sejak HUAWEI memfokuskan pembangunan HMS malah, saban hari HMS dibuktikan bertambah baik. Ini dibuktikan dengan HUAWEI AppGallery yang mempunyai pelbagai aplikasi, dan anda juga boleh mengawal pelbagai perkara menggunakan satu HUAWEI ID, termasuklah akses kawalan anak-anak terus dari peranti anda. 

Menerusi ekosistem HMS juga anda boleh menggunakan carian Petal Search yang semakin baik, dan membolehkan anda bukan sahaja mencari aplikasi, malahan berita dan perkhidmatan. Carian pada Petal Search juga adalah dari AppGallery dan juga gedung aplikasi pihak ketiga yang dipercayai, sekaligus memberikan pelbagai pilihan kepada pengguna. 

Dari faktor diatas jelas menunjukkan HUAWEI nova 9 berupaya menggalas segala kegunaan harian anda, dan patut dijadikan peranti pilihan menjelang tahun 2022. Dan untuk masa terhad, anda juga boleh menyertai peraduan HUAWEI NEXT-IMAGE Awards 2021 dimana HUAWEI mencari karya gambar terbaik yang dirakam menggunakan telefon pintar. Bermula hari ini sehingga 30 November 2021, anda boleh menyertai peraduan ini yang menawarkan hadiah lumayan, serta hadiah khas sekiranya gambar tersebut dirakam menggunakan sebarang siri HUAWEI nova.

Jerayawara HUAWEI dari 15 Nov – 28 Nov 2021

Dan untuk tempoh terhad, HUAWEI Malaysia juga turut mengadakan jerayawara di tiga lokasi terpilih, dengan hadiah khas apabila anda membeli nova 9

TarikhLokasiPromosi Pembeli terawal
15 – 28 Nov 2021Pavilion Elite, KL30 Pembeli pertama akan menerima HUAWEI FreeBuds Pro + Cenderahati bernilai RM 768.
17 – 21 Nov 2021IOI City Mall, Putrajaya99 Pembeli pertama akan menerima HUAWEI Band 6 (pada 20 November sahaja)
20 – 28 Nov 2021Queensbay Mall, Pulau Pinang99 Pembeli pertama akan menerima HUAWEI Band 6 (pada 20 November sahaja)

Anda juga boleh membeli HUAWEI nova 9 di HUAWEI Experience Store seluruh Malaysia, dan juga rangkaian kedai atas talian.

Beli: HUAWEI nova 9 – HUAWEI Online Store

Beli: HUAWEI nova 9 – Shopee

Beli: HUAWEI nova 9 – Lazada

Beli: Lokasi HUAWEI Experience Store Seluruh Malaysia

Penafian: Advertorial Dari HUAWEI Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd