Anda mungkin merasakan rangkaian di rumah anda sudah lengkap apabila dilengkapi penghala dan internet yang baik. Tetapi, mungkin ada di antara kita yang tidak tahu, peranti seterusnya yang anda perlu laburkan untuk kegunaan di rumah adalah Network Attached Storage ataupun NAS. Jika anda baru mengenali konsep storan pintar, ia pada asasnya adalah storan yang disambungkan terus ke penghala, dimana ia boleh digunakan dan diakses oleh semua orang untuk kegunaan kerja di pejabat atau kegunaan peribadi di rumah. Daripada gambar dan video yang mempunyai nilai sentimental sehinggalah ke dokumen penting seperti bil-bil anda, tidak dinafikan lagi kepentingan untuk menyimpan semua ini pada suatu lokasi yang selamat. Kalau anda masih ada keraguan untuk memiliki NAS anda sendiri di rumah, ini beberapa sebab untuk anda pertimbangkannya.
1. Privasi Anda Dilindungi
Storan awanan memang senang untuk digunakan, namun ia juga lebih berpotensi untuk diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, jika anda sering memuat naik gambar memori bersama keluarga ke storan awanan, mungkin privasi anda tidak lagi selamat dan turut terancam jika fail-fail anda digunakan untuk bahan pembelajaran mesin oleh storan awanan.
Oleh sebab itu, NAS lebih selamat digunakan kerana ia adalah storan fizikal yang dimiliki oleh anda sendiri. Semua fail dan data yang anda simpan ke dalam NAS adalah di bawah kawalan anda dan ia lebih selamat digunakan. Jika anda ingin berkongsi fail kepada individu lain selain keluarga juga, mereka perlu meminta kebenaran daripada anda dan hanya anda sahaja yang boleh memberi akses kepada orang lain. Ini sedikit sebanyak dapat menjamin keselamatan dan privasi anda.
2. Kebolehan Mendapatkan Semula Data Yang Rosak Atau Hilang
Kita semua tahu bahawa sebilangan besar data akan hilang jika berlakunya kerosakan pada HDD biasa. Tetapi jika anda menggunakan NAS, keberangkalian untuk semua data anda hilang adalah rendah. Hal ini kerana, NAS hadir dengan ciri RAID yang membolehkannya bertoleransi untuk sebarang keberangkalian jika berlakunya kesalahan dan kegagalan pada HDD. Namun, jika anda tidak tahu RAID apakah yang sesuai untuk kegunaan anda, Synology NAS adalah antara yang anda patut pertimbangkan untuk dibeli kerana selain daripada ia jenama terkemuka, ia juga dilengkapi dengan sistem RAID automatik yang dikenali sebagai Synology Hybrid RAID (SHR).
Tetapi, penggunaan RAID ini sahaja tidak mencukupi untuk melindungi fail-fail penting anda. Jadi, jika anda ingin melindungi seluruh data yang disimpan di dalam NAS dengan lebih selamat, anda boleh menggunakan aplikasi terbina yang ada di Synology NAS ini. Aplikasi terbina ini akan membantu untuk membuat sandaran fail dengan mudah sekiranya berlaku masalah perisian tebusan, perisian gagal beroperasi, perisian hasad, atau kesilapan manusia.
3. Proses Pemasangan Yang Mudah
NAS dari Synology adalah satu peranti yang sangat mudah untuk digunakan. Ia tidak memerlukan pengetahuan teknologi yang mendalam untuk memasangnya. Ini kerana sistem operasi dan antaramuka yang digunakan Synology adalah sangat mesra pengguna. Untuk menggunakan NAS Synology, anda cuma perlu memasukkan HDD ke dalam drive-bay yang disediakan di kotak NAS anda, sambungkan pada rangkaian internet rumah menggunakan kabel ethernet atau secara nirwayar dan anda boleh mulakan proses tetapan.
4. Perisian Khas Untuk NAS Synology
Apabila anda menggunakan NAS dari Synology, terdapat beberapa perisian yang anda boleh dapatkan secara percuma, dan diantaranya adalah Synology Drive dan Synology Photos. Synology Drive ini berfungsi sebagai storan awanan peribadi anda tanpa perlu membuat sebarang pembayaran dimana berbeza dengan perkhidmatan storan awanan yang lain kerana anda perlu melanggannya setiap bulan. Jadi dengan mengaktifkan storan awanan ini, anda boleh mengakses dan memuat naik fail dimana-mana sahaja pada bila-bila masa, seperti memuat naik video melalui telefon pintar semasa bercuti.
Bagi Synology Photos pula, ia boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai gambar dan video kenangan di NAS anda. Pelbagai fungsi yang anda boleh gunakan melalui perisian ini. Antaranya adalah anda boleh menggunakan penuras fail seperti berdasarkan masa, model kamera, lensa, dan banyak lagi. Anda juga boleh tetapkan siapa yang boleh akses fail gambar di storan tersebut dan banyak lagi fungsi-fungsi lain yang membantu untuk membuat pengurusan fail menjadi lebih sistematik.
5. Menjimatkan Kos Untuk Tempoh Yang Panjang
Di Malaysia, storan awanan 2TB boleh didapati dengan harga lebih kurang RM500 setahun, bergantung syarikat penyedia perkhidmatan storan yang anda langgan. Itu baru sahaja untuk kos langganan, dan belum lagi kos untuk penambahan ruangan storan awanan. Malah, jika suatu hari nanti anda mengambil keputusan untuk tidak melanggannya lagi, kesemua data yang ada di storan awanan pula akan dilupuskan.
Berbeza jika anda membeli NAS dari Synology. Ini kerana jika anda membeli Synology DS220+ bersama 2 buah 2TB HDD, harga pembeliannya adalah dalam lingkungan RM2300 dan anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk penggunaannya dan ia sudah menjadi milik anda. Ini menjadikan pembeliannya lebih berbaloi dan menjimatkan terutama sekali apabila anda tidak lagi terikat dengan mana-mana langganan storan awanan. Jika anda memerlukan storan tambahan pula, anda juga boleh naikkan kapasitinya dengan mudah mengikut keperluan anda. Dan yang paling penting, bagi setiap pembelian Synology NAS, anda akan menerima pelbagai perisian terbina secara percuma.
Jadi, Adakah Anda Memerlukan NAS Di Rumah Anda?
Secara kesimpulannya, anda perlukan NAS daripada Synology di rumah anda jika anda seorang yang mementingkan keselamatan data peribadi dan inginkan lebih privasi. Ia juga sangat sesuai jika anda ingin berkongsi storan ini bersama ahli keluarga yang lain sebagai satu pusat penyimpanan fail bersama saiz storan yang besar. Ini sekaligus membolehkan seluruh ahli keluarga menyimpan pelbagai memori pada satu lokasi yang selamat dan mudah untuk diakses oleh semua ahli keluarga.
Pelbagai jenis NAS yang anda boleh dapatkan melalui Synology bergantung kepada bagaimana anda ingin menggunakannya. Antara model yang ditawarkan adalah seperti J, Value dan Plus. Jika anda masih lagi buntu untuk memilih NAS yang terbaik untuk kegunaan anda, anda boleh layari laman rasmi Synology dan guna fungsi Synology’s NAS Selector untuk mengetahui NAS apa yang sesuai untuk kegunaan harian anda.
Penafian : Advertorial daripadaa Synology Malaysia