Jenama realme bukanlah jenama yang asing lagi dalam arena teknologi terkini. Selari dengan slogan realme iaitu “Dare to Leap”, kita dapat lihat bahawa realme berani menceburi pasaran dunia dengan pelbagai jenis inovasi melalui pelancaran peranti-peranti mereka. Kenyataan ini dikuatkan apabila realme menyatakan bahawa mereka telah merangkul beberapa kejayaan pada Jualan Shopee 11.11 baru-baru ini dan berikut adalah antara kejayaannya:
- realme GT Neo2 habis dijual dalam masa 2 jam pada jualan Shopee 11.1
- realme GT Neo2 adalah telefon pintar paling laris (kategori atas RM2000) di Lazada
- realme GT Neo2 adalah telefon pintar paling laris di Shopee (kategori RM1500-RM2000)
- realme Pad adalah tablet paling laris di Shopee
- 5000 unit realme narzo 50i habis dijual dalam masa 2 jam pada jualan 11.11 di Shopee
- realme narzo 50i adalah telefon pintar terlaris di jualan Shopee 11.11
- realme adalah jenama telefon pintar kedua terlaris di jualan Shopee 11.11
- realme adalah jenama komputer dan laptop ketiga terlaris di jualan Shopee 11.11
- realme adalah jenama telefon pintar dan tablet kedua terlaris di jualan Shopee 11.11 (kategori GMV)
- realme adalah jenama telefon pintar dan tablet kedua terlaris di jualan Shopee 11.11 (kategori unit terjual)
Jenama realme yang bermula pada tahun 2018 antara jenama yang melonjak naik dengan cepat. Ia seiring dengan jenama-jenama terkemuka yang lain dan kini telah menjadi antara pengeluar telefon pintar keenam terbesar dunia dan berjaya mencapai 100 juta penghantaran ke seluruh negara dalam jangka masa hanya tiga tahun sejak penubuhannya.
Antara faktor kejayaan realme juga adalah mereka sering memfokuskan kepada penawaran teknologi terkini dan tidak takut untuk menceburi industri pembuatan peranti mercu yang terbaik untuk kelasnya. Perkara ini boleh dilihat pada penawaran realme GT Neo2 baru-baru ini dimana mereka mengimplementasikan pelbagai teknologi baharu dan berani menggunakan warna hijau neon yang sedikit berbeza dengan identiti mereka yang sering kita lihat di pasaran.
realme sangat menitik-beratkan maklum balas daripada pengguna-pengguna mereka. Daripada kajian yang dijalankan, realme mendapati bahawa pengguna mereka kebanyakkannya terdiri daripada golongan muda yang gemar untuk mengikuti arus pemodenan teknologi dunia. Golongan muda ini juga lebih cenderung untuk memilih peranti mampu milik, tetapi dalam masa yang sama mementingkan kualiti, spesifikasi dan rekaan yang menarik. Jadi, tidak hairanlah apabila realme menyertakan pelbagai fungsi-fungsi menarik yang praktikal dan memenuhi cita rasa anak muda sekarang ini pada realme GT Neo2 mereka. Dan ini adalah antara sebab mengapa realme GT Neo2 menjadi peranti terlaris pada 11.11 baru-baru ini.
1. Peranti Mercu Gaming Generasi Baharu Dengan Spesifikasi Berkuasa
realme GT Neo2 adalah telefon pintar yang memfokuskan kepada pengalaman gaming. Oleh sebab itu, realme menawarkan teknologi 7nm bersama cip pemprosesan Snapdragon 870 yang turut dipadankan dengan 3.2GHz A77 teras utama. Melalui kombinasi ini, ia membolehkan realme GT Neo2 dapat beroperasi dengan lebih lancar dan mengurangkan masa menunggu untuk proses muat naik dan muat turun.
Sesuai untuk kegunaan permainan, telefon pintar terbaru dari realme ini membawakan rekaan skrin sebesar 6.62 inci dengan paparan 120Hz E4 AMOLED. E4 AMOLED jenis paparan yang mampu untuk memaparkan kecerahan skrin sehingga 1300 nits, pewarnaan 100% DCI-3 dengan nisbah kontras sehingga 5,000,000:1. Ini menjadikan pewarnaan pada skrinnya menjadi lebih menyerlah dan jitu. Kadar sentuhan untuk realme GT Neo2 ini juga sensitif dengan kadar sehingga 600Hz.
Pelbagai ciri-ciri menarik yang dapat membantu pengguna mereka merasai pengalaman gaming yang lebih menyeronokkan. Antaranya adalah :
Stainless Steel Vapor Cooling Plus – ia adalah sistem penyejukan yang menggunakan plat VC keluli tahan karat bersaiz 4129mm². Saiznya yang besar ini akan melambatkan proses pemanasan peranti apabila anda menggunakannya dalam satu tempoh masa yang lama.
Dimond Thermal Gel – Ia adalah gel yang digunakan pada CPU untuk memastikan kawalan suhu dan tempoh masa penyejukan haba pada 8 lapisan sistem penyejukan di GT Neo 2 adalah berkesan dan berfungsi secara optimum.
Tactile Engine 2.0 – dilengkapi dengan motor linear paksi-X yang berfungsi untuk memberikan kesan haptik secara drastik dan responsif.
GT Mode 2.0 – fungsi ini memberikan kesan kepada prestasi CPU untuk menjadi lebih berkuasa dan meningkatkan kadar sentuhan agar lebih sensitif.
Bateri Yang Besar Bersama Pengecasan Pantas – dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh bersama sistem pengecasan pantas 65W SuperDart Charge. Menurut realme, anda boleh bermain permainan sehingga 8 jam secara berterusan dan mampu mengecas penuh dalam masa hanya 36 minit.
Antara ciri-ciri menarik yang lain adalah :
Tri-Kamera Utama – tri-kamera utama menggabungkan lensa 64MP+8MP+2MP, dan 16MP untuk rakaman swafoto.
Rekaan Yang Memenuhi Cita Rasa Orang Muda – Kemasan yang menarik dengan penggunaan warna kombinasi terang dan minimalis yang menghasilkan rekaan keseluruhan yang unik.
Harga Yang Kompetetif – dipasarkan pada harga RM2099, tetapi pada jualan promosi Shopee 11.11, telefon pintar ini boleh didapati pada harga RM1999 sahaja.
Kesimpulan
Pelbagai ciri menarik yang ditawarkan oleh realme membuatkan mereka mereka berjaya menjual lebih 1000 unit untuk realme GT Neo2 pada jualan promosi 11.11 baru-baru ini. Bukan sekadar itu, menurut realme 5000 unit realme narzo 50i juga habis dijual dalam masa dua jam sahaja. Manakala realme Pad diberi anugerah tablet terlaris semasa jualan promosi tersebut kerana dipasarkan pada julat harga RM699 hingga RM899. Ternyata, realme memang mementingkan permintaan orang ramai dan harga yang mampu milik serta penawaran teknologi terkini adalah antara faktor yang membantu realme mencapai kejayaan mereka.
Kejayaan realme menjadi pengeluar telefon pintar keenam terbesar di dunia adalah pencapaian yang boleh dibanggakan bagi sebuah syarikat yang baru berusia 3 tahun. Mereka telah berjaya berkembang sehingga mencecah 135% yang mana ia adalah peratus tertinggi dan terpantas di kalangan enam pengeluar terbesar yang lain. Kini, jenama realme telah menjadi antara jenama pengeluar peranti yang tidak asing lagi dalam arena telefon pintar dengan penawaran mereka untuk pasaran telefon pintar kelas pertengahan.
Sasaran realme bagi tahun 2021 untuk menjadi jenama yang pengeluar peranti kelas pertengahan yang terbaik untuk kelasnya telahpun tercapai. Untuk tahun 2022 pula, mereka menyasarkan untuk terus berkembang dengan pelbagai lagi teknologi baru pada telefon-telefon pintar mereka kelak dan membawa masuk lebih banyak peranti mercu ke pasaran Malaysia dan dunia. realme juga menyasarkan untuk menjadi pengeluar peranti pintar 5G yang berkualiti yang terkemuka di dunia. Dengan kekuatan jenama yang dipegang dan misi mereka ini, tidak hairanlah mengapa telefon pintar terbaru mereka iaitu realme GT Neo2 mereka mendapat tempat di hati orang ramai.
Penafian : Advertorial daripada realme Malaysia