Cari @ Amanz

Pada bulan lepas, ia telah dilaporkan bahawa pihak kerajaan Amerika Syarikat menghantar soalan tinjauan kepada syarikat-syarikat pembuat cip semikonduktor seperti TSMC untuk memahami lebih lanjut mengenai isu bekalan cip semikonduktor yang membelenggu dunia.

Isu yang diketengahkan mengenai soalan-soalan tinjauan ini ialah ia juga menanyakan tentang identiti para pelanggan syarikat-syarikat ini, yang mana rata-ratanya ia adalah rahsia syarikat dan tidak sepatutnya didedahkan secara terbuka.

Walaupun begitu, baru-baru ini ia telah dilaporkan bahawa pihak TSMC telahpun memberi maklum-balas mereka kepada kerajaan tersebut mengenai persoalan yang hadir tentang isu komponen yang membelenggu dunia ini. Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai maklumat yang diberikan, tetapi apa yang diketahui ialah maklum-balas tersebut diberikan tanpa mendedahkan identiti pelanggan-pelanggan rahsia syarikat tersebut.

TSMC, bersama-sama Intel, Samsung dan para pembuat cip semikonduktor lain menjangkakan bahawa isu bekalan cip ini akan berterusan sehingga penghujung 2022 ataupun awal 2023 kelak, dimana mereka dilihat akan hadir dengan kilang-kilang tambahan yang boleh menampung permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Sumber: Reuters

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd