Microsoft Dijangka Akan Memperkenalkan Surface Laptop SE Dan Windows 11 SE

Diterbitkan pada Nov 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft telah melancarkan siri peranti Surface Pro terbaru mereka tidak lama lalu, yang mana ia hadir dengan komponen-komponen terbaru dan berkuasa.

Pada 9 November nanti, Microsoft akan mengadakan sebuah lagi acara yang mana fokusnya ialah terhadap sektor pendidikan. Pada acara tersebut, mereka dijangka akan bercakap mengenai pelbagai inisiatif pendidikan mereka, bersama-sama dengan penawaran perisian untuk industri tersebut.

Selain daripada itu, Microsoft turut dijangka memperlihatkan sebuah komputer riba baru dibawah siri Surface mereka yang mungkin akan dinamakan Microsoft Surface Laptop SE. Butiran yang diketengahkan oleh beberapa laman web yang melaporkan tentang peranti ini berkata bahawa ia dibangunkan untuk penggunaan para pelajar, dan boleh dikatakan adalah penaiktarafan kepada komputer riba Surface Laptop Go.

Surface Laptop SE dijangka akan hadir dengan paparan skrin bersaiz 11.6 inci, dikuasakan oleh CPU Intel Celeron N4120 dan memori DDR4 sebanyak 8GB. Untuk kemudahan pelajar, ia juga akan hadir dengan palam USB Type-A dan USB Type-C.

Bukan itu sahaja, Microsoft turut akan memperlihatkan sistem operasi Windows 11 SE mereka untuk peranti-peranti ini, yang hadir dengan tetapan dan fungsi-fungsinya sendiri. Fungsi sistem operasi ini adalah lebih kepada sektor industri, pendidikan dan sebagainya untuk mereka yang mahukan sebuah sistem operasi yang hadir dengan fungsi-fungsi terhad untuk tujuan keselamatan IT.

Butiran lanjut mengenai peranti dan perisian-perisian ini akan diperkenalkan di acara pendidikan tersebut, dan ia cukup menarik untuk mengetahui samada penawaran-penawaran baru ini akan diperlihatkan untuk pasaran tempatan ataupun tidak.

Sumber:

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami