Huawei Nova 9 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1999

Diterbitkan pada Nov 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Nova 9 akhirnya diumumkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan penawaran baharu daripada Huawei dan penerus tradisi yang menyasarkan kepada pengguna dalam kalangan generasi muda. Bagi yang berminat, Huawei Nova 9 ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,999 dengan dua pilihan warna seperti Starry Blue serta Black.

Sesi pratempah telah dibuka sekarang sehingga 19 November 2021 menerusi kedai atas talian rasmi Huawei di Senheng, Lazada dan Shopee. Lebih menariknya, setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM829. Ia terdiri dengan Huawei FreeBuds Pro (RM699) dan sejumlah langganan percuma yang bernilai sehingga RM130 daripada Huawei Mobile Services (HMS).

Huawei Nova 9 menampilkan skrin OLED berukuran 6.57-inci beresolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 778G 4G yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula adalah sebesar 4,300mAh yang menyokong pengecasan Huawei 66W SuperCharge.

Sistem kuad-kamera utama digunakan dengan tetapan 50MP (f/1.9) (utama) + 8MP (f/2.2) (ultra-lebar) + 2MP (f/2.4) (kedalaman) + 2MP (f/2.4) (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 32MP (f/2.0). Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, NFC, EMUI 12 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami