Cari @ Amanz

Twitter tidak dinafikan lebih seronok digunakan pada peranti Apple. Penggunaan aplikasi Twitter di iPhone adalah lebih lancar berbanding pada Android. Jadi tidak terkejut jika Twitter kerap memberi fokus dan mendahulukan iOS. Seperti ciri yang terkini ditawarkan eksklusif kepada pengguna iOS – carian ciapan melalui profil pengguna.

Sebelum ini, untuk mencari sesuatu ciapan pada Twitter ia agak leceh. Kita perlu tekan ikon cari di tab bawah dan menggunakan kata kunci seperti;

“New Years -Resolution lang:en near:”San Francisco, CA” within:15mi since:2013-12-30 until:2014-01-02″

Terkini dengan ada fungsi carian terus daripada profil pengguna ia lebih mudah. Hanya buka profil sesiapa, tekan ikon cari, terus cari tarikh, kata kunci lokasi, dan lain-lain untuk cari ciapan khusus untuk pengguna tadi. Ia juga diedarkan secara meluas kepada semua pengguna Twitter iOS.

Dalam semakan kami, peranti Android masih tidak menerimanya lagi. Adakah fungsi ini berguna untuk anda atau hanya satu gimik? Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd