Cari @ Amanz

IKEA Malaysia hari ini mengumumkan perabot dibawah IKEA Gaming akan ditawarkan melalui kedai bermula 11 November 2021, dan melalui kedai atas-talian bermula 14 November 2021 kelak.

Untuk permulaan, sekitar 10 produk akan ditawarkan, dan semua kerusi da meja dibawah IKEA Gaming hadir dengan sokongan jaminan selama tiga tahun.

  • Kerusi Gaming Matchspel (Hitam/Putih) – RM699
  • Kerusi Gaming Utespelare – RM499
  • Kerusi Gaming Huvudspelare – RM299
  • Meja Gaming Uppspel – RM2299 (140cm), RM2499 (180cm)
  • Meja Gaming Utespelare – RM499
  • Meja Gaming Fredde – RM999
  • Bungee Tetikus Lanespelare – RM49
  • Pendiri Set Fon Kepala Lanespelare – RM79
  • Pemegang Mug Lanespelare – RM49
  • Mug Lanespelare – RM30

IKEA turut mengatakan semua pembeli akan dihadkan kepada 2 unit perabot dan 3 unit aksesori untuk tempoh antara 11 November hingga 13 November ini.

Bagi anda yang ingin merekabentuk rumah anda dengan perabot IKEA Gaming, boleh melihat kepada peawaran IKEA ini bermula 11 November ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd