Cari @ Amanz

Samsung Malaysia kini dilihat membawa masuk satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu Samsung Galaxy M52 5G.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dilengkapi cip Snapdragon 778G, dan memori 8GB RAM, serta storan 128GB.

Untuk rakaman gambar, Galaxy M52 5G hadir dengan kamera utama 64-megapixel, dan dilengkapi sensor ultra-lebar 12-megapixel dan sensor makro 5-megapixel. 

Menjana peranti ini juga adalah bateri 5000mAh dengan pengecasan 25W.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1699 di Malaysia, atau pada harga diskaun RM1399 bersempena jualan 11.11.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd