Cari @ Amanz

FBI Menawarkan Ganjaran RM41 Juta Untuk Maklumat Mengenai Kumpulan Penggodam DarkSide

Link Copied!

Dua minggu lalu operasi kumpulan penggodam DarkSide berjaya dilumpuhkan selepas mereka pula digodam oleh beberapa agensi kerajaan seperti FBI dan Cyber Command. DarkSide menjadi sasaran pihak berkuasa pelbagai negara kerana serangan perisian tebusan mereka REvil menyebabkan bekalan minyak di Amerika Syarikat terganggu dan pelan produk Apple yang belum diumumkan tertiris.

Kini FBI meminta bantuan orang ramai untuk memberikan maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan dan sabitan terhadap pemilik serta ahli kumpulan DarkSide. Sekiranya maklumat yang diberikan adalah sahih, pemberi maklumat akan diberikan ganjaran sehingga $10 juta (~RM 41 juta) oleh FBI. FBI boleh dihubungi menerusi laman web, WhatsApp, Signal dan Telegram. Jelas sekali pihak berkuasa benar-benar ingin memburu kumpulan yang berjaya mengutip ratusan juta ringgit dari mangsa perisian tebusan mereka sejak 2020 lagi.


Komen ()