Carian
Alphabet, Syarikat Induk Google Kini Mencapai Nilai $2 Trilion
November 8, 2021 Aman

Alphabet, iaitu syarikat induk disebalik Google, hari ini mencatatkan sejarah tersendiri, apabila nilai syarikat berkenaan mencapai $2 trilion.

Peningkatan dan capaian nilai terbaru ini adalah selari dengan peningkatan harga saham Alphabet akhir-akhir ini. Alphabet sebelum ini telah memperlihatkan peningkatan positif untuk pendapatan daripada pengiklanan digital dan juga perniagaan awanan mereka.

Alphabet sebelum ini mencapai nilai $1 trilion pada Januari 2020 lepas, dan kini selang setahun lebih ia telah mengandakan nilai syarikat.

Selain Alphabet, Microsoft dan juga Apple turut kini bernilai melangkaui $2 trilion.

Komen