Cari @ Amanz

Imej Pengolokan Samsung Galaxy A53 Tertiris Menunjukkan Sepenuhnya Rekaan Peranti

Link Copied!

Samsung sebelum ini mencuri perhatian ramai sewaktu pengenalan Samsung Galaxy A52. Ia sebuah peranti kelas pertengahan yang hadir dengan beberapa ciri seumpama peranti kelas mercu pada harga berpatutan. Tidak lama kemudian, mereka memperkenalkan Samsung Galaxy A52s 5G pula dengan beberapa penambahbaikan. Di mana, ia menggunakan cip Snapdragon 778G yang lebih berkuasa berbanding Snapdragon 750G pada model terdahulu.

Dalam perkembangan terkini, rekaan untuk model kemaskini peranti berkenaan dilaporkan telah tertiris dalam beberapa imej pengolokan tular. Bakal dikenali sebagai Samsung Galaxy A53, ia dikongsi oleh Onleaks dan Digit India. Jelas kelihatan, reka bentuknya kelihatan mirip dengan model terdahulu. Sungguhpun begitu, ia dikhabarkan hadir dengan binaan yang lebih nipis dan panel belakang yang rata dengan sisi yang dibulatkan sedikit.

Seterusnya, sistem kuad-kamera masih digunakan di belakang dengan susunan yang sama seperti model terdahulu. panel hadapan pula sejenis berlubang dengan sokongan kamera swafoto tunggal pada bahagian tengah. Kemudian, tiada bicu audio 3.5mm yang disertakan. Maka, penggunaan adalah terhad dengan aksesori audio USB-C atau TWS sahaja. Sebagai pilihan, pengguna juga memerlukan penyesuai khusus ke bicu audio kelak.

Galaxy A53 dijangka dilancarkan sekitar tahun hadapan. Spekulasi awal mengatakan ia mungkin dilengkapi kamera utama 64MP, skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan hadir dalam beberapa varian berbeza. Sama-sama nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.


Komen ()