WhatsApp Community Bakal Hadir – Menyatukan Beberapa Whatsapp Groups Dibawah Satu Bumbung

Diterbitkan pada Nov 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp kini dilihat sedang membangunkan sebuah ciri baharu yang dinamakan sebagai WhatsApp Community. Melaluinya, ia ingin memudahkan lagi pengurusan WhatsApp Groups, dan mengemaskan lagi paparan WhatsApp semua pengguna.

Sebagai contoh, pada hari ini sekiranya anda seorang pelajar, anda mungkin mengambil satu kursus diploma atau ijazah, dan setiap subjek pembelajaran mempunyai WhatsApp Group berbeza.

Dengan WhatsApp Community ini, ia memudahkan pengurusan berkenaan. Dimana, WhatsApp Community akan menjadi nama kelas anda, sementara didalamnya akan terdapat beberapa WhatsApp Groups berasingan yang memfokuskan setiap subjek pembelajaran.

Pada hari ini, salah satu perkhidmatan yang menawarkan ciri lebih kurang sama adalah Discord, dimana setiap Discord Server boleh menghasilka beberapa saluran dibawahnya.

Buat masa ini, ciri WhatsApp Community masih pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan kepada umum.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami