Cari @ Amanz

Europol hari ini mengumumkan tahun ini 7 orang suspek yang dipercayai terlibat dengan serangan perisian hasad REvil sejak 2019. Sejak serangan dimulakan pada tahun tersebut, kumpulan penggodam telah menyerang lebih 7000 mangsa dan mengutip €200 juta dalam bentuk wang tebusan.

Tujuh orang suspek ditahan di Korea Selatan, Poland, Kuwait, dan Romania. Europol menerima bantuan firma keselamatan siber Bitdefender, KPN, dan McAfee bagi menjejaki kedudukan suspek yang antaranya turut terlibat dalam serangan ke atas Kaseya tahun ini yang mengakibatkan sehingga 1500 perniagaan terjejas.

REvil ialah perisian tebusan yang menjadi tumpuan pihak berkuasa pelbagai negara tahun ini kerana impak yang besar ke atas infrastruktur perniagaan dan bahan api di Amerika Syarikat. Kumpulan penggodam DarkSide yang terlibat membangunkan REvil kini telah lumpuh selepas mereka digodam oleh pihak berkuasa. Minggu lalu FBI menawarkan pula ganjaran $10 juta kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat sehingga tertangkapnya ahli kumpulan DarkSide.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd