Kedengaran ura-ura minggu lalu Huawei akan menjual perniagaan pelayan mereka kepada Henan Super Fusion Technology. Tetapi nampaknya mereka hanya akan menjual perniagaan pelayan yang menggunakan cip Intel sahaja dan mengekalkan perniagaan pelayan yang menggunakan cip Kunpeng keluaran sendiri.
Perniagaan pelayan Intel X86 terpaksa dijual kerana kesukaran mendapatkan bekalan cip akibat Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Pernah suatu ketika perniagaan pelayan ini mempunyai nilai RMB40 billion (~RM26 bilion) tetapi telah terjejas teruk akibat sekatan yang dikenakan. Penjualan dilakukan bagi meneruskan perniagaan sama seperti yang dilakukan selepas mereka menjual Honor tahun lalu.
(Sumber Yicai Global)